Hijrah Yang Sia-Sia

3 ulasan:
1. Kita hanya memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap diri kita sahaja, tetapi kita di dalam doa, kita tidak memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan untuk ibu-bapa kita sendiri dan juga sekelian kaum Muslimin yang lain.

2. Kita mungkin kerapkali membaca Al Quran atau menghafal sebahagian dari ayat-ayat dan surah-surahnya, tetapi tidak membacanya secara tertib (menjadi amalan) sehingga seratus ayat setiap hari.

3. Kita pergi ke masjid untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul-masjid. Samalah juga sekiranya kita memasuki masjid untuk membuat sesuatu urusan seperti nikah kahwin atau membayar zakat tetapi solat sunat tahiyatul masjid tidak dilakukan.

4. Kita melewati sebuah tanah perkuburan Islam, tetapi kita tidak memberikan salam kepada para penghuni kubur tersebut dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan mereka yang berada di alam kubur.

5. Kita (bagi kaum lelaki) pergi ke suatu kawasan atau tempat dan tiba pada awal pagi hari Jumaat, tetapi tidak bersembahyang Jumaat berjemaah di situ.

6. Kita mungkin tinggal di suatu kawasan yang ada berdekatan dengan kita seorang alim ulama, tetapi kita tidak mempergunakan kelebihan itu untuk menambah ilmu pengetahuan darinya.

7. Kita mungkin berjumpa kembali dengan seorang sahabat lama, tapi kita tidak bertanyakan khabar tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Kita mungkin juga pernah mengundang seseorang untuk menjadi tetamu kita, tetapi kita tidak melayani tetamu tersebut sebaik-baiknya.

9. Kita membiarkan zaman muda kita berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu muda itu dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti kita.

10. Kita mungkin tidak menyedari adanya jiran kita yang merintih lantaran dek kelaparan atau kesusahan, seddangkan kita kekenyangan di rumah.
 

Semoga kita terhindar dari melakukan perkara -perkara yang lagha atau sia-sia ini dan amalan atau ibadah kita ini diterima oleh Allah Taala.Amin.

3 ulasan:

  1. Peringatan yang baik.. terima kasih untuk ini..^__^

    BalasPadam
  2. insyaALLAH kita dapat elakkan perkara tu berlaku.

    BalasPadam
  3. ALLAHURABBI


    thanks for reminder

    mmg selalu alpa n lalai mengejar nikmat dunia

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com