Doakan Mesir

Assalamualaikum ...
ambil masa sekejap , merenung diri sendiri , kehidupan sekeliling .. masih ada tempat berteduh , masih boleh makan makanan yang sedap hingga terkadang membazir .. lihat lagi di sekeliling , masih boleh enjoy bersama kawan-kawan .. bergelak ketawa , bebas berjalan sana sini ... masih lagi ~ masih lagi punya waktu untuk melakukan ibadah dengan tenang ... tanpa kegusaran , tanpa rasa takut .. tanpa rasa apa-apa yang menyebabkan kita menggigil mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t

tapi ....

di sana ....

terasa ingin menangis melihat kekejaman-kekejaman mereka , terasa yaAllah kegilaan apa yang berlaku kepada saudara kita di sana .. kita disini bergelak ketawa , mereka dalam ketakutan , dalam keberanian mempertahankan haq mereka ..

kita ...
tak mampu ~ memang tak mampu untuk berbuat apa-apa , tapi kita still dapat berdoa kan , boleh kan kita sama-sama berdoa untuk mereka .. bila melihat jasad mereka yang dah tak bernyawa dengan keadaan yang menyayat hati pasti terdetik di hati kita , ter menyumpah dengan apa yang di lakukan oleh mereka .. kita berdoa ya .. berdoa atas nama Allah dengan apa yang mereka lakukan ! dengan kekejaman gila yang mereka buat atas saudara kita kat sana ... kita doa agar mereka yang bangsat tu takkan terlepas sedikit pun , setiap saat ! doakan mereka takkan tenang , dilaknat Allah dunia dan akhirat !!

Bersama kita membaca Doa oleh Al-Imam Al-'Allamah As-Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah Hafizahullah :

اللهم إنى استودعتك مصر . . رجالها و شبابها . . نساءها و فتياتها . . أطفالها و شيوخها . . اللهم إنىاستودعتك ممتلكاتها و مبانيها و منشآتها . . اللهم إنى استودعتك أمنها و أمانها و أرزاق أهلها . . اللهم نجمصر من المهالك , و اجعل كل من أرادها بسوء هالك


"Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Mesir.Lelakinya dan Pemudanya.Wanitanya dan Gadisnya.Anak-anak kecilnya dan warga tuanya...

Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara hartamiliknya, binaan-binaan dan bangunannya...

Ya Allah.aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Keamanan Mesir dan keselamatannya,dan juga rezeki rakyat-rakyatnya.


Ya Allah, selamatkanlah Mesir dari kebinasaan, dan jadikanlah siapa sahaja yang menginginkan keburukan bagi Mesir dari golongan yang binasa!"
yaAllah ya tuhanku .. 
berikanlah mereka kekuatan , berikanlah mereka kesabaran yang tinggi untuk menghadapai kegilaan yang sedang berlaku ni yaAllah 
aku mohon padaMu dengan sepenuh hati , tolonglah mereka yaAllah , 
tolonglah mereka ...berikan mereka kemenangan ~ 

5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Mesir bumi para Nabi Dan Rasul..Dikepung oleh Rejim Tentera Yang tiada hati perut..betul kan Said?

    BalasPadam
  2. sama2 kita doakan....tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

    Tak Mungkin Benar

    BalasPadam
  3. Jom solat hajat memastikan yang mereka masuk ke dalam golongan2 yang baik di syurga kelak . bila kita berdoa kepada kebaikan org , insya allah kita akan mendapat itu selepas ini . Amin

    BalasPadam
  4. kekadang x sanggup nak tengok gambar2 dan dengar peperangan di sana...anak2 kecil yg jadi mangsanya...semoga allah akan melindungi mereka

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama