Peluang itu jangan sia-siakan ...

Assalamualaikum .. 

Adakala bila hati terlalu lembut , peluang yang perlu di bukakan hanya sekali menjadi bercabang-cabang .. susah bukan bila punya hati yang terlalu lemah , terlalu rapuh tambah-tambah bila kata-kata maaf tu hadir dari seseorang yang sangat kita syg  ~ berkali di sakiti ! berkali di lukai ! berkali2 juga janji terbit untuk diri sendiri untuk tidak menerimanya .. tapi akhirnya janji di mungkiri , rebah oleh belaian kata-kata yang sama sahaja .. aku bagi kamu satu soalan .. boleh kah kuatkan hati kamu ? dan kamu ~ berapakan peluang yang kamu inginkan ! 

terkadang aku terfikir , kenapa manusia seringkali meminta peluang andainya peluang itu di sia - sia kan , kenapa perlu ada pujuk rayu bila kamu inginkan sesuatu dan kenapa harus kau mungkiri janji yang kau taburkan ! entahlah ~ terkadang aku sendiri tak mengerti .. mungkin manusia memang tak pandai untuk mensyukuri sesuatu benda yang sentiasa ada di sisi sehingga lah sesuatu itu terbang tidak kembali lagi , dan waktu itu kamu tak mungkin dapat lagi peluang yg sering kamu sia-siakan ...

bagi kamu yang sentiasa membuat khilaf , cukuplah sekali ku berikan peluang .. kerana khilaf mu mungkin cukup besar untuk ku beri peluang kali ke dua .. so gunakanlah sebaik2nya peluang yang ada , selagi aku masih ada .. selagi aku masih ingin menemani mu di sisi , selagi aku sentiasa tersenyum bila kau hadir ..kerna bila peluang itu di sia-sia kan lagi ..senyuman ku sudah mati untukmu buat selama-lamanya ... ~ dan hati ku keras ibarat kerikil buat insan yang tak tahu menghargai 'PELUANG'..

hati berbicara :

''pernah suatu ketika dahulu , aku hidup di ranjau yang berduri sehingga tercalar sepasang kaki .. pernah ku gapai bintang di langit tapi semua hanya penat mendatangi ''
sekali ku di lukai ,, tiada peluang yang mampu ku beri selain dari menjauhi ... 
mengapa sukar sekali untuk memaafkan bila hati dilukai ? kerana memori itu melekat hingga ke mati .. bukan senang untuk membasuh memori , lebih-lebih lagi memori yang sangat terkesan hingga ke lubuk hati .... mungkin mampu untuk memaafkan tapi melupakan ? ...........