Berterus Teranglah Hati Dari Terus Menyakiti ..

10 ulasan:
Assalamualaikum ..selamat malam sayang2 semua =)

manusia takkan terpisah dari masalah hati , dari sifat menipu .. dari sebuah pembohongan yang menyakitkan ..entahlah kenapa sukar berterus terang , kenapa sering kali bermain dengan madah - madah pujangga , kenapa suka membuatkan seseorang itu jatuh cinta dalam tidak sedar .. sedangkan seseorang itu telah lama jatuh dalam dunia cinta ..dan kenapa cinta yang ada di curangi kerana hanya sekeping ayat yang bisa meluluhkan sekeping hati yang kian lemah ..

 terkadang kesunyian yang membelenggu diri mudah rapuh bila seseorang cuba menggoda , hati kian di lema , di antara dua , antara cinta yang sedia ada dan cinta yang baru ingin berputik .. tapi adakah sekeping ayat tu mampu mencairkan cinta yang lama .. hati .... jangan mudah tergoda dengan mainan perasaan , hati ... jagna mudah lemah dengan bisikan ayat yang hanya di luahkan di bibir mulut , hati ... bangkitlah , bukalah mata hati , jangan hanya mendengar , jangan hanya membaca ..

"Dear someone who I love pls don't be in love with someone else''
please stay with me forever n ever coz deep in my heart i really2 lov u .. 

kepada sesiapa yang sedang bercinta cobalah untuk setia , kadang - kadang bila kita dalam kesunyian , kerinduan kita rasa seronok dan asyik dengan kumbang yang tiba2 datang menghinggap .. sedangkan kumbang itu hanya singgah menghisap madu melepaskan segala lelah .. bila ia kenyang ia terbang lalu menghinggap di bunga yang lain ... dan kita termangu lalu menyesali dengan segala kesilapan yang terlalu asyik kita buaikan ..

hati berbicara :
kadang kala aku  terbuai oleh keasyikan yang tiba - tiba datang menjengah ke dalam hati yang kian sunyi .. terkadang aku seronok dalam kehidupan yang penuh dengan madah dan bunga - bunga yang sentiasa membuatkan aku hidup di awang - awangan hingga aku terleka akan seseorang yang sentiasa memberi aku cahaya , dan lantas aku tersedar dari khayalan yang penuh dengan bisikan ... sedarlah hati .. semua itu hanya kepura - puraan , jangan mudah terperangkap hingga tak mampu untuk melepaskan diri lag ... 

Dont hUrt my Heart ♥

17 ulasan:
Assalamualaikum .. malam ni jari rajin sikit nak menaip papang keyboard !


just nak cerita tentang kehidupan sekarang , boleh kan .. asyik berjiwang je naik kematu jari hantu .. hidup sue sekarang ok je , tapi rindu sangat-sangat kat kg , kat mak n suasana kg .. best holiaauuuuu lah , kat putrajaya ni pun best cuma sunyii sangat2x .. xde suasana berjiran pun tapi biasalah inilah keistimewaan bila dok kampung , hidup berjiran kan ? 

baru - baru ni masalah dtg bertimpa2 kat tempat kerja , susah bila bekerja dengan suami orang , masalah pertama mestilah isteri dia kan , first dia masuk kerja kat situ , he's look so okayh lah , n then lama-lama bila dah bekerja mesti saling tegur menegur right ? tapi hingga lah suatu hari , someone cakap kat sue , isteri dia sangat2x jeles dengan sue .. sue pun rasa macam eeeee kenapa sue pulak yang kena sedangkan kita just borak2 biasa... pastu sue pun kdg berhati2 jugak tapi isteri dia still jeles dgn sue ..n sue masih sabar.....

benar .. cemburu itu tanda sayang tapi jangan jadikan cemburu itu bertukar menjadi benci , kelak diri kamu yang merana diri .. dalam hubungan percaya lah antara satu sama lain , andainya cinta itu kuat .. tak perlu risau .. setiap perbuatan yang dia lakukan pasti hanya kamu di hati , fikiran , jiwa , mata dan minda 

hingga satu saat , wife dia dah mula mencarut dekat sue tapi dia msg kawan sue .. msgnya berbunyi ''pesan kat sue babi ... jaga mata , jangan dok gedik2 dgn laki org ...........dan byk lagi ..terlalu kasar untuk budak2 yg bawah umur '' n that time sue masih sabar walaupun first sue tahu dia benci sue , sue dah menangis ! tapi satu malam tu wife dia msg sue sendiri n banyak sgt kata-kata yg menyakitkan hati .. memang saat tu sue tak mampu sabar , sue ckp kat bos , n then bos suruh laki tu berhenti kerja .. n esok nya jugak kyleril dtg jumpa that guy n his wife to settle everything .. so laki tu terpaksa di berhentikan last bulan ni saja ... 

tapi .. jahat ke sue sebab sue , sebab isteri dia jeles dengan sue , dia terpaksa di berhentikan kerja , sue ke yang tutup rezeki dia ? yaAllah memang tak berniat pun tapi sue tak boleh kerja dalam suasana yang tertekan , rasa sangat2 terganggu .. kalau itu cara nya sue just redha .. sue tak mahu terlibat dalam apa2 pun masalah rumahtangga mereka !

hati berbicara :
setiap perempuan pasti ada rasa cemburu , sue pun sama gak , tapi sampai serang-serang orang yang tak bersalah rasanya tak elok .. im so sorry coz menyusahkan hidup korg but bukan salah sue , tapi salah kamu yang tak mampu berfikir dengan waras ! not my fault if something happen to u olz .. dont blame on me , sebab sue mangsa keadaan .. sedih sangat , first time dalam hidup jadi benda2 macam ni .. hanya mampu bersabar dan terus bersabar ..... start today just call me sue because thats my real name .. 

Hidup Bukan Semudah Mimpi ..........

9 ulasan:
Assalamualaikum ....
semoga kalian sentiasa di kurniakan tubuh badan yang sihat untuk lakukan apa jua kebaikan yang mampu kamu lakukan 

Life is an adventure
Taking,Giving,leaving,Coming,Stealing,Receiving
You never know where it'll take you,
What it will take from you,
Where it will lead you,
Where is will leave you

bila termenung keseorangan sering terfikir masa lalu , walaupun semua tu hanyalah kenangan yang mengusik jiwa tapi ia dah melekat dalam hidup kita .. lalu kita terfikir hidup tak seindah apa yang kita inginkan , tapi hidup kita anugerah dari Ilahi bukan ? terkadang kita masih tidak mampu bersyukur kerana mungkin kita sentiasa di tutupi dengan bayang-bayang kesedihan ...

biasalah hidup manusia pasti berjumpa dengan kegembiraan , berjumpa dengan kesedihan dengan bahasa yang bisu , tak mampu kita menyentuhnya tapi hanya mampu merasai semua tu . walaupun kita sentiasa dalam kesedihan pasti ada pengajaran di sebalik semuanya bukan ? tapi adakah kita mengambil pengajaran itu .. ? jika ya ..alhamdulillah .. dalam kemewahan , dalam kegembiraan mana mungkin kita dapat ambil sesuatu pengajaran .. melainkan di waktu kita derita dalam kesedihan ..

apa-apa pun jika kita tahu apa erti kita hidup pasti hidup kita akan sentiasa gembira walaupun berada dalam duri-duri ujian .. maybe kita pernah bertaya bukan ? bertanya pada diri kita sendiri kenapa kita sering melihat orang lain sentiasa bahagia ... tapi tahukan kita apa yang di rasai oleh mereka sebenar2nya ? kita hanya melihat dari mata kepala kita sendiri lalu mengandaikan dia sedang bahagia . sedangkan setiap perjalanan hidup pasti memerlukan pengorbanan .. terpalit kesedihan lalu tercipta kebahgiaan .. 

'' ada masa kita perlu menikmati saat-saat terjatuh .. merasai kecewa apabila yang dirancang tidak menjadi dan menjiwai kepayahan serta kesukaran sesuatu perkara .. semua nya ada hikmah yang tersendiri , redhalah''
 ♥ hidup di umpamakan sebagai sungai yang menghilangkan dahaga , tetapi ada ketika kita lemas di dalamnya ♥ 




Nothing and Empty ~

7 ulasan:
Salam blogger tersayang semoga kalian sentiasa di bawah rahmatNYA..

tiba - tiba rasa macam kekok pulak nak menulis kat blog ni , dah lama tak menaip so macam ni lah jadinya , papepun rasa macam nak luahkan perasaan je , nak tunjuk perasaan pun bukannya ada orang nampak ..

saat ni rasa macam nak putar balik masa , nak lalui saat - saat gembira je , taknak dah menangis ! tak nak berduka ! tak nak ada masalah ! nak jauhkan duka , rasa sedih dari hidup .. tapi kenapa still tak boleh ? hurm saat ni fikir ujian datang hampiri aku , semua ni ujian untuk ko kuat .. so jangan menangis , jangan mudah kalah , jangan pernah menyalahkan takdir ..... 

tapi...

hati aku ni bukan macam baru karang , walaupun ombak deras dtg sekalipun dia tetap teguh , hati aku macam rumpai laut , bergoyang- goyang ikut arus laut , arus air , tempat mainan ikan , tempat makanan ikan .. sekejap2 di usik .. entahlah , tak tahu dah macamana nak suruh hati ni kuat seteguh batu karang ! hanya doa kalian yang mampu dan hanya Dia yang mampu menguatkan hati yang sememangnya lemah .. ~

untuk orang yang selalu menyinggah dalam hidup aku ni , tq for everything .. maafkan lah salah silap yang selalu aku buat dalam sedar or tak sedar .. jika aku sayangkan seseorang aku akan jadi se emosi emosinya .. so jangan marah jika aku terasa , jangan marah jika aku menegur , jangan pernah marah jika aku tersasul .. maafkanlah , segala2nya untuk kebaikan mu wpun aku tahu aku bukan sebaik mungkin untuk menasihati kamu ..
n for my lovely sista that i really love..
maybe start tomorrow n forever .. kak su tak mampu bagi korang nasihat sebab kak sue bukan lah orang yang terbaik untuk menasihati korang , kak sue pun selalu buat something ikut perasaan tanpa fikirkan hati orang lain .. so just take care of urself ! please take care sebaik mungkin .. kak sue just mampu menadahkan telinga untuk mendengar apa - apa pun yang kamu mahu share tapi kak sue akan mengunci mulut kak sue .. untuk korang sendiri fikir .. maybe itu yang terbaik =) sayang ketat2 ..

Aku Tahu Kau Sayang Dia .................. Tapi...

16 ulasan:
Assalamualaikum..
qaseh dalia hidup lagi harap maklum hehehe 

bila bercinta mesti ada rasa sayang kan ? ada rasa rindu ... ada rasa cemburu ..dan aku tahu bila kau benar2 sayangkan seseorang kau takut bukan bila ada orang lain cuba ingin merampas hak kau ? cuba untuk mengambil tempat kau ... lalu tercetus lah rasa cemburu , aku tak pernah salah kan kau bila kau terlalu cemburu tapi jangan jadikan aku mangsa tercetusnya api cemburu itu .. aku tidak bersalah ..

bila berdepan dengan manusia macam ni kadang-kadang hidup menjadi serabut , aku tahu dan aku pernah rasai tapi jangan lah kau jadikan aku sebagai mangsa .. aku tak pernah terniat untuk mengambil hak kamu , dan tak pernah terniat sedetik pun di hati untun menyayangi hak kamu .. jangan tuduh aku , jangan cabar aku benda-benda yang tidak pernah aku lakukan ... kerana mungkin aku akan uji kesabaran kamu ... 

''yaAllah damaikan lah pertengkaran mereka jika sebabnya kerana aku , tautkan hati mereka dan tunjukkan mereka jalan2 keselamatan , selamatkan mereka dari kegelapan kepada cahaya , jauhkan mereka dari kejelikan yg tampak dan bersembunyi, yaAllah berkatilah pendengaran mereka , penglihatan mereka dan hati mereka''


iklan sebentar ...
apa - apa pun selamat hari lahir buat hencik kyle yang tersayang yang telah selamat menyambut hari lahir yang ke 26 , pada 30 january ~ hope semua impian kamu akan tercapai , always doakan yang terbaik buat kamu ...
@2010 | www.qasehdalia.com