DOAKAN BLOGGER IFFAH SELAMAT

 Assalamualaikum
Dapat mesej dalam inbox. Ada voicemail. Satu miskol. No Iffah. Kol voicemail.

"Assalamualaikum. Ni ibu Iffah. Nak bagitau, Iffah accident. Sekarang dia kat Hospital Seremban. Kereta dia terbakar habis."

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Doakan Iffah. Moga semuanya selamat.
copy paste dari blog  SUNAH

qaseh nak ambil kesempatan kat sini , nak minta doa2 dari kalian supaya mendoakan  blogger iffah selamat semuanya , qaseh pun baru tahu , walaupun tak pernah bersua muka tapi dia selalu je jenguk blog qaseh ni , doakan lah keselamatan kawan2 kita , dalam kita bergembira kawan kita sedang di landa ujian ...

YaAllah YaRabbi , engkau maha mengetahui segala isi alam , kabulkan lah doa2 hamba2Mu, kembalikan lah kesihatan dan berikanlah kesembuhan kepada hambaMu ..sesungguhnya hanyaMU tempat kami mengadu , hanyaMU mengetahui segala yang tersurat dan tersirat .. aminnnnn .. semoga dirimu kuat menempuhi ujian ni ..

UPDATE : ALHAMDULILLAH IFFAH DAH SEDAR , SEKARANG KAT HOSPITAL SEREMBAN 

Menghitung Hari , Selamat Hari Raya Buat Semua Ku sayang ~

Assalamualaikum ...

first nak say thank you kat semua yang sudi bagi pendapat kat entry study tu , perasaan sekarang entahlah bercampur baur ,gembira tapi dalam kesedihan , keputusan sekarang terletak pada family , andainya jalan itu tertutup redha sahaja dengan segalanya , mungkin perancangan Allah lagi hebat , but now nak fikir raya je ,soal study tu biar masa yang menentukan kot2 ada keajaiban muncul di balik awan2 hitam ..

apa-apa pun qaseh nak ucapkan selamat hari raya buat semua bloggers , dan nak mintak maaf kat semua andainya entry2 qaseh ada yang menyedihkan hati , membuat terimbau balik kenangan2 lama , atau terguris perasaan , terasa hati yang tak sengaja atau pun dengan sengaja , maafkan kitaaa yeeee =) dan kepada semua berblog lah dengan berhemah jangan jadikan isu kecil or besar satu perselisihan faham , kita semua dah besar dah ,ada akal dan boleh fikir apa yang baik dan apa yang buruk ..

JEMPUT LAH MAGHI GHUMOH QASEH BELAKO DEHHH 
KALU DOP MARI GHUMOH DOPLEH LAH DUIT RAYOOOOO HIHIHIHIHI
RUMOH DEKAT2 NI JAH , JERTEH 
SAPO2 NOK MAGHI TU PM QASEH KAT FACEBOOK.. 
BULEH G NUSUK [SEMBUNYI] AWAL2 ..
0-0 DEH BELAKOOOOOO ...
KASUT RAYO NGAN BEG RAYO DOP BELI LAGI NI ..
XDOP SAPO NOK BELANJO KOOOO ~
[BAJU RAYO DI TAJO OLEH DATO' K [KYLERIL]
MUKA COMOT , MASA DAPAT BAJU NI CEPAT2 PAKAI HAHAKS ..


Nak Sambung Study Ke Takmo ..

tension gilosss serowww...

tak tahu lah nak sambung ke tidak ni , dah berendam air mata dah aku ni , macam orang yang takleh balik beraya kampung selama 9 bulan dah , hurmm kos pengurusan ladang tu mende pulak dah .. siyes tak tahu nak sambung ke tak !


korang bagi lah pendapat kat qaseh sob3x tadi tanya abg beng pasal hal ni , dia sokong je mana2 tapi dia ada tanya nak ke jadi usahawan nanti , ntahlah blur sebenarnya ni ..helpppp , kalu tak sambung macamnilah rutin harian boringnyeee.. ya Allah ni lah orang kata belum dapat something tu terminta2 nak ! kalau dah dapat meragui pulak .. 

sakit nya kepala rasa macam beban kena tanggung sedozen anak yang nakal2.. kalau korang ada pengalaman rakan kepada rakan kepada rakan korang or nak bagi idea yang boleh mengurangkan beban ni sila lah ... jangan malu2 ,qaseh amat mengharapkannya .. tq yati ngan hencik kyle yang menyokong , family pun tak menyokong so macamana aku tak berendam air mata ..

lupa pulak nak bagitahu , kat UITM , JENGKA PAHANG


Keterbukaan Kadang2 Menyempitkan Minda !

Assalamualaikum ...

tadi ondeway qaseh dtg kerja jalan kaki , ada sebuah lori berhenti kat simpang , qaseh ingatkan dia dok tengok peta kot2 tak jumpa jalan , tapi hampeh ! duk cucuh rokok selamba je isap rokok ! weiii tak macho langsung ! ingatkan qaseh sorg je tengok tapi 'pokloh' jiran qaseh pun tgk sekali ,dia laung kat qaseh tu tengok duk isap rokok.. menggeleng kepala beliau .. TERBUKA SANGAT LAH TU KONON!!
Open minded tak salah tapi terlebih open minded tu yang jadi kucar kacir , kadang2 dengan sifat terbuka tu lah timbulkan satu perbalahan , satu isu , satu kontorversi tapi tiada prestasi , sorry to say qaseh tak tujukan untuk sesiapa , lebih-lebih lagi sifat terbuka tu tanpa fikiran yang panjang ..banyak sebenarnya keterbukaan yang menyempitkan minda ni lebih2 lagi meletakkan agama kat belakang ..cth :
  • weii open minded lah sikit dalam bergaya tu .. macam budak kampung jerk
open minded ke kalau pakai baju ketat2 , free hair , bergaya tak salah ,macam budak kampung pun tak salah ! tak mati pun , biarlah cara kita tu tak memBODOHkan diri sendiri
  • salah kah aku meluahkan ketidakpuasan hati aku dengan cara yang terbuka ?
kalau lah kamu tak puas hati pada seseorang , bagitahu lah sendiri dengan tuan punya badan tapi kenapa harus meletakkan sesuatu tu di tempat umum ? pastu someone say ''lebih baik berterus terang dari bermuka2'' 

yup qaseh pun setuju ! lebih baik berterus terang tapi kenapa tak one by one ? sebab nya senang kalau sorang2 ni takde geng ! kalau ramai2 ni banyak geng! bolehlah tubuhkan gangstarrrrrrrrrrrrrrrrrr lepas ni ye ~ kalau ramai2 ni boleh lah kumpul banyak2 dosa sikit , ayat2 pedas mengata bagai ..

dan banyak lagi keterbukaan yg menyempitkan minda , maybe dari awal kita kata bukan niat kita untuk jatuhkan someone , tapi tengoklah balik PERBUATAN KAMU TU SUDAH MENJATUHKAN ORANG , ingatlah Allah tahu segala isi hati kamu , ALLAH tahu adakah hati kamu sedang ketawa terbahak2 ,ALLAH tahu tahap mana keikhlasan kamu , kata2 boleh membentuk sejuta patah perkataan tapi ALLAH maha tahu segalanya dalam hati kamu ..hitam ka! putih ka ! busuk ka ! wangi ka! .. dan malaikat sentiasa mencatit apa yg kamu buat ~

hati berbicara :
hati2 bila bersifat terbuka takut nanti Allah membuka segala2NYA .. jangan main2 dengan maha pencipta kita , hari ni kat dunia ni bolehlah kita gah punya geng ramai , tapi esok2 ko sorang je xde nye nak dapat geng , bogel pun xde orang nak tengok dah kat sana nanti , sebab semua orang takut menanti apa yang bakal terjadi ..~ 


Terima Kasih Atas Bahagia , Terima Kasih Atas Kelukaan

Assalamualaikum...

''aku ingin mencari ketengan diri ,agar hidup ini bukanlah suatu mimpi''

cinta bukan mudah ,kadang berat hingga di bawa ke bahu , andai bahagia itu tiada penghujung pasti ku bawa hingga ke syurga tapi kau yang memutuskan lantas memberikan ku luka , kau jadikan aku dalam pelakon sandiwaramu , aku tahu tidak dinamakan cinta andai tidak sakit , andai tidak luka, oh tuhan berderai air mataku demi sebuah cinta yang hampa ..

hati yang dulu lembut kian keras ,senyuman yang dulu mekar kian tawar  , pandangan yang dulu bercahaya kian pudar kerana sebuah luka yang tiada wajah ,bukan aku membenci mu tapi aku kecewa denganmu tapi terima kasih atas bahagia yang dulu aku harapkan dan terima kasih atas luka yang tak pernah aku mimpikan

kadang2 tanpa kita sedar kita benci seseorang yang pernah membahagiakan kita , kita lupa kita jijik dengan orang yang mengajar kita erti rindu , erti kasih sayang ,erti pengorbanan ~ yang dulu kita puja , yang dulu kita sentiasa bermandikan dengan kata2 dari bibir yang tiada noktahnya , kini semua hilang sekelip mata ~ jangan ada benci di antara kita ..kita lupa sekali kita berjanji untuk bercinta sebenarnya kita sudah berikrar untuk menghadapi segala risiko .. so luka itu lah risikonya , pasrahlah ..selangkah kamu gagal selangkah kamu mendekati cinta yg sebenar , kerana pengalaman mendewasakan kita

hati berbicara :
awan mendung tidak bererti akan hujan , tidak selamanya awan2 hitam menghantui dirimu 
yakinlah semua itu suatu ujian dan dugaan dan masih banyak waktu untuk kita meraih cinta ..
masa lalu biarlah berlalu .. kerana masa lalu juga kita pernah bahagia walaupun akhirnya terluka 
terima kasih sahaja atas segalanya dan redha itu satu jalan yg terbaik 

Derhaka Dalam Taat Kepada Allah S.W.T

Assalamualaikum..
alhamdulillah mendung je pagi ni ,semalam hujan ..

''hanya padaMu ku meminta syafaat''

Derhaka dalam taat pd Allah ? apa tu ye ? entry ni sebenarnya berkaitan dalam bulan2 islam lebih2 lagi lailatulqadar ! 

cuba tanya pada diri kita sendiri ! apakah malam yang paling mulia di sisi Allah ? kita pun menjawab malam lailatulqadar yaAllah ~ apakah malam yang mulia di sisi kita ? nisfu syaaban ! sedangkan malam lailatulqadar tu lebih mulia di sisi Allah tapi kita kadang2 lebih mengutamakan nisfu syaaban , menghidupkan masjid ,membaca quran ,surah yassin ! betul tak ? sedangkan malam lailatulqadar yang kita tak tahu , kita tak menghidupkan masjid seperti mana nisfu syaaban ! yang ada pun hanya segelintir rite ? itulah derhaka dlm taat ~

bagi orang arab , 10 ramadhan terakhir kalah musim haji ! mencari lailatulqadar ! sedangkan pd nisfu syaaban biasa2 je .. tapi malam tu masyaAllah semua orang sibuk mencari ~ membuat amal !sangat hebat ! dan malam lailatulqadar lah malaikat2 turun menziarahi masjid2 dan rumah2 , bilangannya WALLAHUALAM ..

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
The angels and Jibreel descend in it by the permission of their Lord for every affair,

Tanazzalul Malaaikatu War Ruuhu fiyhaa Bi Idhni Rabbihim Min Kulli Amr - ayat ni menunjukkan malaikat2 akan turun kebumi .. ye nak g tengok ! muka mana yang ada kat masjid2 ! ye nak tengok penghuni2 setiap rumah tu duk buat mende .. baca quran ke , solat ke , online fb ke .. macam2 ..dan jenis2 rumah yang malaikat pergi ..

1- Rumah yang bersih dan suci ..
ce try cek tengok umah kita gane .. bersih dop ? bersihh ! tapi suci dop ? bersih dan suci ni lain ye berbeza , kalau suci ni bebas dari najis2 atau kotoran2x.. 
contoh kalau rumah ada budak2 kecik ,adik2 kita ! mak tukar lampin pastu lepek lampin tu kat lantai ! u understand what is 'lepek', lepek ni letak lah , pastu kita tak basuh dengan air , mana lah tahu air kencing yang ada kat pampers or lampin tu dah kena lantai ..so tidak suci lagi ! ilang lah dara ..~ erk

2-ahli rumah yang sentiasa berzikir dengan lidah dan hati 
hati yang sentiasa berharap ,kalau nak wat mende2 pun hati duk sebut 'Allah Allah Allah~
ada ayat2 al-quran kat dinding yang bangla2 dok jual berlambak kat pasar2 tu .. tepek kat dinding ,kalau tengok je mesti lah kita baca kan ..

3-penghuni yg sentiasa menunaikan solat

4-penghuni yang makan hasil dari halal 
contoh yang kerja kerajaan ni , buat overtime konon2 or punch card tu , masuk pukul 11 tapi buat situ pukul 10 ,takut bos marohhh ! padahal bos besar kat atas duk tengok ..so halal dop yang sejam tu ? tak halal ! maknanya haram ! dapat gaji beri kat anak bini !

5-rumah yang sentiasa menghubungkan silaturahim 
ni jenis rumah yang peramah , dop suka gaduh dengan jiran2 , selalu buat baik 

6-penghuni yang sentiasa buat baik pd ibu bapa 

7- penghuninya suami isteri yang soleh dan solehah 

8-penghuni yang berbuat baik pada kaum kerabat , yang sentiasa memaafkan orang lain 

9-penghuni yang menjauhi perkara2 mungkar 
contohnya : ada penghuni tu buat rumah dia sebagai tempat buat ketupat, ketupat kat sini bukan ketupat nasi ngan pulut tu ! tapi [mengumpat] pastu ada lah orang ni kata ''ustazah eh ! ambe dop mengumpat pun tapi ambe dengar je ! samalah tu cik gayah oiiii ~ dua2 dapat dosa besar !

10-rumah yang ada patung2 , salib yang menyerupai rumah orang bukan islam
kita kena hati2 jugak jam yang ada loceng tu , ting tong ting tong , ada sama macam jam duk dekat gereja dop ? lebih kurang je kan ? sooo hati2 lah ..

hati berbicara :
setakat tu dulu lah qaseh sampaikan , panjang bebeno takdop orang nak  bace nanti kang ..
so kalau yang nak baca tu try mikir and tengok balik rumah2 kita lagumana , nak dop malaikat masuk umah kita ? kalu nok ! lepas ni cek umah kita tu ye ..
dan kalau yang takmo baca sebab ni pasal agama ~ orang ganung kata ! ikut mung lah ~ kalu mung ase mu nak ! mu baca amek mikir , kalu mung ase taknok .. terpulang pd diri mung ..
hehe untuk diri sendiri jugak ..kalau ada salah2 tu sila tegur ye ustad jiji

Dapat Kad Raya dari Bloggers

Assalamualaikum...

Jeng3x kelmarin qaseh dapat kad raya dari seseorang yang hensem ... nak tahu siapa
kad raya pertama dari Iz [sila terjah ] hensemm orangnya hik3x
kad raya dari iz ...

muka comot mesti ada haha ..

KAD RAYA KE DUA DARI sis anies [sila terjah] sis anies ni minat bola tauuu



hati berbicara :
tq buat  Iz dan jugak sis anies yang sudi bagi kad raya ni ..
qaseh tak sempat pun nak g cari kad raya apatah lagi nak p pejabat pos ..
semoga kalian terus sukses dalam berblog dan ampun maaf di pinta andainya terkasar bahasa ..
SELAMAT HARI RAYA .. muahhhhhh


Ingatlah Sayang Sebelum Melarat ~

Assalamualaikum..
dah nak masuk bulan syawal dah kita ye.. cepat nya masa berlalu , ramadhan pun akan meninggalkan kita terasa sekejap manisnya .. emm

''jangan hisap rokok tembakau cina ,tidak keluar asap berbunga2''

kadang - kadang tanpa kita sedar dalam meminta apa yang terbaik buat kita , kesihatan tiada dalam ranking pertama , biasanya pertama dalam list kita nak bahagia , nak beramal soleh ! sedangkan kesihatan yang patut jadi pertama ! kerana apa ? kerana kalau tidak sihat boleh kah kita bahagia ? kalau kita tidak sihat bolehkah kita beramal soleh dengan sempurna ? tidak bukan ~

dalam islam bila sesuatu yang di larang itu pasti kerana ada benda yang tidak elok , kita amek contoh 'merokok' kenapa islam melarang ? sebab mesti akan memudaratkan kesihatan kita rite ?tapi kenapa kita still buat jugak ?kadang2 bila sakit baru sedorrr , yang tak sempat nak sedor2 tu yang susah ! baru je nak sedor dah jalan dah ~ innalillah .. 

sebenarnya perokok ni bukan ketagih kan ? kalau ketagih kenapa bila puasa dia mampu tahan ? biasanya orang ketagih ni dia tak mampu nak tahan ! dan kenapa kita seringkali tak mengikut syariat ? contoh nabi kita berbuka puasa dengan buah kurma tapi sesetengah orang dengan rokok dulu .. nyandar tepi dinding fuh3x puass ! nak ke nanti kamu berpenyakit ? masa ni kamu gembira tapi esok2 kalau kamu terbaring je tak mampu nak buat apa2 .. kelip pah kelip pah ! berhentilah sayang sebelum terlambat .. 

hati berbicara :
iklan tett tett [terjumpa kembar hanis zalikha] tetttt
kita selalu cakap kat diri sendiri ,kita tak mampu nak buat sesuatu yang dah jadi tabiat tapi sebenarnya kita tak bersungguh pun untuk berhenti ! kita cakap dengan mulut kita tak mampu ! 
eh aku tak mampu ! tapi ada kau buat ? xde kan ..
kita rasa kita sihat waktu ni , kita boleh berjalan , kita boleh ketawa ~ tapi esok2 kalau kita masih tak mengamalkan cara yang sihat tak mustahil segala sendi ,paru2 berkarat ,
lama2 ia reput tanpa kita sedar last2 kita tak mampu menikmati kehidupan dengan sebaiknya ..
try your best ..sebelum kata tidak ~
chaiyok2!! qaseh xmo korang sakit =( dengar lah nasihat qaseh ni 
DAN YANG BUDAK2 BELUM BERSUNAT TU JGN GATAL2 NAK ISAP ROKOK! 
TAMPO JADI GILA KANG 

Macamana nak Cakap dengan Perempuan ?

Assalamualaikum ..
disebabkan ketandusan idea , so qaseh buat entry berdasarkan kata kekunci hari ini , teristimewa buat mu insan misteri ...
ni mesti sebab nebes tahap melampau ni kan bak kata cik adik manis kita ,
''mula2 sembunyi celah dinding lepas tu buak aksi nak merompak sambil bagi bunga '

tentang nak cakap dengan perempuan ni , sebenarnya senang saja asalkan tak bercakap macam perompak ,penjahat , pendusta , pensil bla3x .. perempuan ni suka pada kelembutan , budi bahasa , penuh tertib ! tak bermakna kelembutan ni ko kena jadi pondan ! tidak ~ cuma kena pandai berbahasa contohnya 

aroon aziz : assalamualaikum 
qaseh dalia : waalaikumsalam 
aroon aziz : saya dah lama tengok awak , lemah lembut je orgnya entah lah tiap kali pandang awak manis je , saya tak kisah awak nak cakap saya bermain dengan kata2 atau apa ,yang pasti saya nak berkenalan dengan awak .. kalau tak boleh its ok =)
qaseh dalia : err , saya tak kisah kalau awak ikhlas bla3x 

(contoh sahaja) its better dari 

si polan : peeweeetttt , hoi comeinyo mung ! lamo doh aku tengok mung , tapi mung ni jual mahal sangat lah , jange lah jual mahal sangat nanti dop laku lah mung , aku nok kenal dengan mung ni ! mung nak kenal dop dengan aku weh !
si bunga : opocot mak engkau , ni orang ke rimau ! cabuttttttttttt ~

haha .. itu lah dikenali sebagai budi bahasa budaya kita , bukan budu sedap sengoti cap limau ketereh ! so jangan takut2 nak bercakap dengan perempuan cuma jangan bercakap macam kita ni tak ada agama , be a gentleman dan yang paling penting jangan memperlihatkan kamu tu seorang yang terlalu memaksa ! dan tergopoh gapah .. perempuan suka lelaki yang misteri , sombong2 sikit .. makin misteri makin perempuan nak dekat .. ''i love it when i catch you looking at me , then you smile and look away =) ''

hati berbicara :
kalau kita ada adik perempuan pasti kita nak mereka di kasihi oleh seseorang yang baik , bertanggungjawab ,beriman ! so kita pun kena jadi macam tu jugak ..
kalau kita nak adik or kakak kita sentiasa di cintai so kita juga perlu mencintai orang dengan seikhlas hati ..=) 
''sama ada kau sayang atau tidak , rindu atau tidak tapi dalam hati ini ada dirimu , dalam tiap getar rasaku terukir namamu, marahmu, gelak tawamu''

Ooo Macam2 Korang Skodeng ye ~

Assalamualaikum ..
hari ini kita kurang sihat ,selsema idom , tensen aiii .. so idea pun takde nak di bentangkan ,so tudey  kita tengok para2 pengskodeng mengskodeng blog ni je lah hari ni


artis malaysia - artis malaysia tanpa mekap
tutorial blog comel - tutorial button comel
gambar dajjal - dajjal (qaseh pun tak tahu camano lah rupo dajjal tu ! )
lemah semangat bila di uji - lemah semangat (uji sikit nangis ! sikit uji nangis ! nangis laluh )
jodoh dengan laki orang -jatuh cinta dengan laki orang (laki sape lah ko kebas ni !)
makwe gemuk pakwe ensem -  pelik makwe comei (gemuk pun cantik lah !)


macam mana nak mula brcakap dgn perempuan ?
EH BUKAK MULUT CAKAPLAH ! TAK RETI2??


Talking About Responsibility ? Hurmmm Its So scary !

Assalamualaikum...

Talking about responsibility , sebenarnya ia bukan mudah , sangat2 berat for me as a girl , for men ? i dont know ~ 

aku tak tahu kenapa aku takut dengan perkataan 'marriage' walaupun hati ni nak jugak kahwin bila time fius gatal tu datang..its so so so so scary for me! it freaks me out !  maybe because i need to be prepared mentally and physically for the responsibility , which ain't all breeze ! its so Scary with a big capital S..!its not some kind of game yang kita boleh main aci tak aci , it's all about building a family a future .. 

hurmm but responsibilty is always really heavy to bear ! if im your wife ~ i want to be a devoted wife , a good mother , beloved by my in-laws and a lady who manages her family well .. which is not easy ! tapi kalau nak ikutkan memang banyak tanggungjawab dan rasa2nya lelaki yang lagi banyak tanggungjawab ni kan , kalau nak ikutkan sedia or tak sampai bila2 pun rasanya takkan sedia sehingga kita sendiri yang masuk dalam dunia itu !
hati berbicara :
apa-apa pun semoga kita semua dapat pikul tanggungjawab yang diamanahkan olehNYA sebaik mungkin kerana tanggungjawab juga boleh mengheret kita ke dalam neraka .. lebih2 lagi kaum adam bila masuk dalam alam rumahtangga 
''it is not mere relationship between a man and lady ,it's actually the time when the man take over the responsibility about someone's daughter , to love ,cherish,guide and protect her ~ fulfill all her needs !''
3 ceritera dalam sebuah pelangi ~

Bila Kau Mula Sayangkan Seseorang ,Bila Kau Perlu Lepaskan Seseorang dan Bila Kau Perlu Hargai Seseorang !

 Assalamualaikum...


BILA KAU MULA SAYANGKAN SESEORANG
                 

bila kau asyik tersenyum dan malu2 kambeng waktu sebut nama dia


bila bibir kata tidak tapi hati kata ya ..


bila tanpa alasan dia saja yang kau mahu 




bila kau tutup mata walau dalam gelap , wajah dia masih kau bayangkan


dan bila kata2 dia boleh kau hafal 



BILA KAU PERLU LEPASKAN SESEORANG

bila kau rasa dia lebih bahagia tanpa kau di sisi 

bila kau pasti dia tak mungkin jadi milik kau walau sejauh mana pun tangan menjangkau 



BILA KAU PERLU HARGAI SESEORANG

bila dia sanggup terima dirimu seadanya 

bila seseorang yang kau lukai masih terima dan cintakan kamu, itulah yang terbaik dan jangan pernah lepaskannya buat kali ke dua ..

hati berbicara :
aku tahu entry kali ni macam budak2 tadika suka minum air ribena .. T_T tapi itulah hakikatnya hehek jangan mare naaa.. nak rilexkan minda yang berserabut , nampak comei je smiley tu korek idung ..
dalam hidup kita pasti kita akan terluka ,mahu tak mahu adakalanya kita memang akan tempuhi luka itu walaupun sebaik mungkin kita memilih untuk melalui jalan yang tiada rintangan ,dan hidup kita bukan macam filem setelah tamat semua pelakon boleh kembali pada asalnya ~ walaupun hakikatnya kita memang pelakon di dunia realiti .. 
''oh dimanakah lelaki yg dapat menyelimut tubuhku disaat ku kedinginan  , memeluk erat disaatku kepayahan ,pelukannya memberitahu aku yang aku wujud di dunia ini''

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban

Assalamualaikum....
“Sedekah dapat menolak kematian yang buruk.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 2)
sedekah tidak pernah menjadikan kita miskin tapi melipatganda kan rezeki kita , ikhlas lah walaupun hanya rm1 ..KLIK SINI
Cuba kita bayangkan andainya kita berada di tengah padang pasir , di sesuatu tempat yang kering kontang ! tercari2 di mana air , tercari2 setitis air ! tercari2 ~ sesuap makanan untuk jd santapan ... hari ni kita gembira kita hidup dikelilingi makanan , duit , rumah , tempat tidur ~ memang kita tak mewah ! tapi sekurang2nya kita masih dapat hidup dengan selesa bukan ?

kadang2 kita punya makanan , tapi makanan tu maybe tak sedap ! toinkkk kita buang dalam tong sampah , kita cari makanan yang lebih sedap , kita tak bersyukur kerana apa ? kerana kita terlalu selesa ~ sedangkan mereka2  di sana hidup untuk menunggu masa ! menunggu masa untuk pergi ! tanpa setitis air .. mahupun sesuap nasi .. sedihnya yaAllah..andainya kita punya sedikit rezeki bantulah mereka yang tidak berdaya , walaupun seringgit ia sangat besar nilainya di mata Allah dan kepada org yg sgt2 memerlukan ..




cuba tengok video kat atas .. apa yang kamu rasa ?gembira ? bersyukur? sedih !
jom sama2 kita kurangkan beban mereka ... derma online pun boleh , segalanya di hujung jari
KILIK SINI
jom lah kita sama2 sebarkan ..hanya seminit sahaja ... !
tapi jangan pulak duk canang yang kita dah sedekah .. biar kita dan Allah saja tahu =)

play nasyid songg
duhai insan sedarlah dirimu 
kemana akan tuju sesudah engkau mati 
sudahkan bersedia dirimu kesana
membawa amal mulia atau dosa - dosa 
disana tangisan tiada guna 
rayuan tiada di terima 
jasad kesakitan menanggung siksa 
atas perbuatan hidup di dunia 
disana akan kita tuju 
hamba yang berdosa akan di adili 
hamba yang mulia akan di rahmati 
sebagai anugerah dari ilahi ...




Cukuplah ! Usah Mengharap lagi ~

Assalamualaikum...

ku semai benih cinta ,
ku peluk bayang malam ,
kau tusuk sembilu bisa ,
tinggalkanku dalam diam ..
ku himpun suara duka ,
ku selam angin senja ,
biarpun retak lara ,
ku pasrah segalanya..


jika kau dah semai benih cinta , jika kau dah siram embun kasih ! namun andainya tidak bertunas kasih sayang dan cinta , kau pasrah dan redhalah dengan segalanya ~ kau redhalah dengan segala yang terjadi , kau bukan miliknya yang abadi bukan di dunia mahupun di akhirat , siapa kau untuk jadi bayangan hidupnya ?berbanding kuasaNYA yang menjadikan semesta alam ,bulan dan bintang

cukuplah kau berteleku sambil menangisi wasiat cinta yang tidak berpenghujung , cukuplah kau sia2kan air mata yang mengalir tanpa keredhaanNya , cukuplah hati mu yang sepi tidak berpenghuni di hiasi dengan kesedihan dan harapan yang takkan pernah ada jawapan .. cukuplah sayang !! cukuplah .. warghhhhhhhh

hati berbicara :
andainya ada antara kamu yang masih mengharap cinta lalu .. hentikanlah sekarang sebelum aku pergi letak bom di rumah kamu .. ini bukan cobaan , ini benda serius ..! 
salam nuzul al-quran buat semua , dalam kita duk berjiwang jangan di lupakan pada yang telah pergi , antara kita dan mereka hanya doa yang menyambungkan ~ 
dan yang masih hidup dalam janji2 lalu bukalah mata , yang kamu sedang di perbodohkan .. 
pasrah lah dengan segalanya 
menangislah menangis tak malu !
''lepaskan genggaman tanganmu , pergilah ~ dia sedang menantimu''

Takut Mati Berpenyakit !

Assalamualaikum ..
Maaf qaseh tak online kelmarin n tak jenguk2 blog korang , semalam qaseh cuti tak sihat ,pergi klinik jap sebab qaseh sering sangat sakit kepala , tapi doctor just bagi ubat sakit kepala , doctor cek tekanan darah je , tak ambil darah pun emmm next time kena pergi hospital lah ..

''mati itu pasti''

Mati ! emmm semua ditanganNYA , ada yang takut mati dan ada juga yang tak takut mati .. orang soleh tak takut mati bukan ? kadang2 berfikir alangkah bestnya mati di saat belum baligh , suci tiada dosa dah tentu tempat kita nanti di syurga tapi kerja siapa kah semua ini ? hanya Allah yang mengetahui segala perjalanan hidup kita .. hanya Allah sahaja yang mengatur perjalanan hidup kita,siapa kita untuk melawan ? mampukah kita untuk melawan ? tidak ! sesaat ~ sedetik pun kita takkan mampu ..

Walau kita berpenyakit atau tak , mati itu tetap ada dalam kamus hidup ! yakinkah yang berpenyakit akan mati terus ?dan yang tidak berpenyakit tidak akan mati lagi ? yakinlah sakit itu pencuci segala dosa2 yang kita buat , Allah sedang mengurangkan beban kita untuk di bawa ke sana ~ tapi kita rasa penyakit tu membebankan kita di dunia rite ? kerana apa ? kerana kita tidak melihat hikmah di sebalik sesuatu kejadian ... jangan takut sayang ... redha lah ,kerana penyakit juga memberi kita peluang ! kerana hidayah juga datang di saat kita dilanda ujian ...
hati berbicara :
salam takziah buat PUTERI KATEK kerana kehilangan kakak tersayang ..
bersabar lah dengan ketentuanNYA .. yang hidup pasti akan pergi
kuatkan semangat , ingatlah Allah lebih sayangkan arwah .. semoga arwa di letakkan dikalangan orang2 yang beriman .... maafkan sis sayang ,sis baru je tahu .. hadapi lah dunia dengan hati yang tabah

Wordless Wednesday #8


Pelik Tengok pakwe Ensem Tapi Makwe?

Assalamualaikum ...

sila baca entry sampai habes supaya manusia yang tak membaca smpai habes senang2 cop aku bukan2 nanti , kuteyyy kan ..

yang ni makwe ensem pakwe tak cantik 
''ai maluuu yuuuu sampai ai kena pakai topeng nak keluar dengan yuuuu'' aii maluuu ,maluuu aii ,aii malluu,ai malu ,ai malu ai malu,malu ai .. (aku tampo gak kang)

hari tu ternampak page kat fb ,tajuk dia macam tajuk kat atas tu lah ''pelik tengok pakwe ensem tapi makwe tak ensem'' isy2 sentap aku yang tak berapa nak ensem ni ,terus terdetik dalam aty ,ada jugak page macam ni adui dui duiiiii .. kencing manis tengok hurmmm , meh cek nak habaq mai kat hangpa2 semua ...

Allah tu maha adil ,dalam hidup kita pasti kita akan dapat yang berlawanan dalam hidup kita ..contohnya
  • yang kaya dapat yang miskin
  • yang cantik dapat yang tak ensem
  • yang banyak cakap dapat yang pendiam 
Allah sedang mengajarkan kita tentang sesuatu iaitu hidup kita saling melengkapi , kadang2 kita tak sangka apa yang kita dapat melebihi apa yang kita ada , tapi semua itu atas kebaikan dan akhlak kita ,andai kita tak cantik tapi akhlak kita sangat2 baik Allah memberikan seseorang yang terhebat buat kita ..subhanallah kita hanya mampu bersyukur ,dan yang cantik tapi andainya akhlak nya buruk tak mustahil dia tak mampu capai kebahagiaan yang dia inginkan ....
hati berbicara :
''kurungkan kecantikan mu hanya di dalam hati walau pada asalnya orang melihat kamu hodoh''

dan rupa tak pernah menjanjikan apa2 kebahagiaan , bahagia itu terletak pada hati ,pada kebaikan pada akhlak bukan pada kecantikan yang kian luntur ,kecantikan yang hanya pada kulit bukan pada isi dalamannya ,kadang2 orang yang tidak memiliki apa2 tapi ada budi pekerti seringkali dibenci oleh orang yang mempunyai segala2 kecuali budi pekerti,heh ! itu yang sebenarnya pelik bukan ?
dan ketahuilah rupa tak menjanjikan kesetiaan hingga ke akhir hayat ... 
manusia seringkali melihat luaran kerana suke melihat dari pandangan mata kasar ~
TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA...

Titik Hitam Dalam Hidup

Assalamualaikum....
first terima kasih pada budak kacak yang bagi kebaikan buat qaseh semalam .. siapakah budak kacak itu jeng2x ... blog superbbb inilah dia BUDAK MUNCETTTT
''kenapa orang masih ingat benda jahat sedangkan banyak kebaikan yang telah di berikan ?''

Tertarik dengan kata2 itu .. kenapa seringkali kita masih mengingati sesuatu yang di buat oleh someone kepada kita dan ia sangat melukakan ! sedangkan someone itu pernah memberi banyak kebaikan pada diri kita ? hurmm tiba2 aku terfikir ,betul jugak kan ! dia dah banyak buat benda baik tapi sekali dia buat jahat , yang jahattt tu je lah yang kita ingat sampai mati ........

sebabnya senang , kenapa Allah murka pada kejahatan ? kerana di sebabkan satu kejahatan tu memberi satu titik hitam dalam hidup seseorang ~ dan dari kejahatan itu lah mencabangkan permusuhan ! dendam ! kebencian ! kelukaan ! dan segala yang buruk ... tak mustahil segala kebaikan yang seseorang buat terhapus oleh satu kejahatan saja ! dan kerana itu lah tercipta ''buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali''

hati berbicara :

hurmm biasalah hidup ni kadang2 muka masam ,sedih ,gembira ,berkerut ! haha macam2 kan ..
tapi satu saja,andainya ada satu titik hitam dalam hidup kita jangan hidup dalam dunia tu , redhalah dengan segala2nya .. kawal lah benda jahat tu dengan baik ,bukan kawal benda jahat dengan benda jahat .. nanti tercipta lah satu dendam ! 
qaseh dah maafkan semua orang termasuk awak ..dan awak maafkan lah kite sepanjang perkenalan kita .. jauh bukan bererti bermusuh .. =) maafkan saya maafkan saya .. heeee

Marry With Stalker ?Cinta selepas kahwin ?

Assalamualaikum ...

talking about marriage ~
Takdir? rahsia Allah ...

andainya satu saat nanti apa yang kita rancang musnah ,aku lihat kau di persandingan tapi aku terluka di balik tabir , waktu tu terluka dan redha dengan siapa pun jodoh yang hadir , n that time datang jodoh dari parents , someone like 'stalker' we dont know each other .. kalau korang terima tak ? emm tak salah rasanya membuka peluang ,andainya sudah baik di mata ibu bapa ..why not ? tapi kenal lah dulu tentang dia ... maybe dia pun perlu kenal kita dulu ....maybe cinta pandang pertama hadir ''i look at once , i fall in love with twice '' 

tapi .. ada ke ? haha 

tapi soal hidup kita , kahwin bukan untuk main2 .. so tips2 dia ,
  • solat istikharah , minta petunjuk ilahi ..
  • kenal dia , buat je aksi selamba , jadi diri sendiri and marks anything about him / her ,kalau okey bagi kamu ,alhamdulillah tapi kalau tak okey , be direct to him, kalau nak tahu lelaki tu serius dan ikhlas or tak , awal2 lagi dia bagitahu tentang dia , means dia takkan hide something from u , coz dia nak hidup dengan kamu ..
tapi bagi qaseh kan ,suka lelaki yang
  • jaga solat - 100 mark 
  • tak terlalu memaksa - 1mark
  • kelakar - 1mark 
  • seems so nice - 1mark
  • protective - 1mark
  • bertanggungjawab - 1mark 
  • bersopan - 1mark
  • tak ambil kesempatan - 1mark
  • seems so gentleman - 1mark
  • rapat dengan famili - markah bonus 
pssttt : dalam family qaseh ,abg yang sulong je kawen atas pilihan mak ayah , now dah ada 3 org anak .. 
hati berbicara :
tapi jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia , cukuplah dia pandai jaga agamanya , insyaAllah yang lain dia akan jaga , baca cerita2 cinta orang bercinta lepas kawen macam best je , bangun pagi tengok someone yang kita tak kenal ada kat sebelah , masa tu malu2 kambeng je hahaks , mula kongsi cerita ttg diri masing2 ,saling merenung .. lama2 cinta pun berputik ..walahhhhhhh ! tiap kali tengok senyumannya 

''a smile that drove my hearts to the knees''

Salahkah Bercinta !

Assalamualaikum....

Cinta ? fitrah tabi'e yang Allah kurniakan pd kita , jiwa perlukan cinta , jasad perlukan makanan... tapi cinta kita punya peraturan kerana Allah sayangkan kita tanpa batasan ! punya peraturan .. tapi andainya peraturan itu kita langgar jadilah cinta yang terlarang ..

''seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang , racunnya akan meresap membunuh akal , jiwa dan perasaan ~ ''
  • cinta itu di dasarkan kepada Allah 
- bila bercinta kita kena mengharapkan keredhaan dari Allah contohnya :
''kami bercinta kerana Allah tapi perlu iringi dengan niat untuk bernikah ! kalau niat just untuk suka2 ? tangguh ! katakan pada diri ''aku hanya tertarik @ minat''

- andainya orang disana serius dengan kita tapi kita tidak serius ? --> jangan bercinta kerana kasihan , kalau kasihan bermakna kita akan merosakkan diri kita dan juga dia ''kita boleh kasihankan orang yang kita cinta tapi kita tak boleh cinta kerana kasihan ''
  • tiada hukum Allah yang dilanggar ..
-tiada pergaulan bebas , tak berdua-dua an ,tak mendedahkan aurat dan lain2
kadang2 ada beberapa budak menyatakan 
''alaaaaa cinta apa kalau xde dating,perbualan fon,sms,sentuhan,kerlingan dan senyuman ?''
tapi itu hanya lah pandangan kita bukan dari pandangan Allah , kita fikir itu perisa tapi sebenarnya ia perosak... 

tidak ada keindahan jika peraturan ini dilanggar .... huhuhuhu

hati berbicara :
kadang2 aku rasa teruk je , tak layak untuk bercinta ... tapi aku bersyukur dengan kejauhan yang mencampakkan jasad dia dan jasad aku jauh .. sekurang2nya kejauhan tu menghalang pandangan mata ,saling merenung ,bercakap ,ketawa .. hurmmm betullah setiap benda dalam hidup ni punya hikmah .. lindungilah kami =( ..

Wordless Wednesday #7 korang boleh ?

aku leh baca ni ,kalau xleh baca maknanya ur mind lemah ..ek
INI ADALAH GAMBAR YG MEMPUNYAI HURUF ... GAMBAR JUGAK KAN ?

Haters ! i Lebiyuuuuuu ..

Assalamualaikum..

dulu2 masa qaseh form six , lower six . masa tu qaseh duduk asrama , so warden dah bagi tugas untuk lower six  , that time qaseh di beri tugas BIRO AGAMA , terpaksa lah terima dan masa tu qaseh di benci oleh budak2 bawah ,form5 ,4 sebab maybe qaseh 'bekeng' (garang) sebab tak dengar nasihat orang, bila jumpa qaseh je geng2 HATERS ni call me ''TENGKORAK HIDUP'' sebab qaseh kurus , ishh sabo je lah ! that time memang di benci gila2 , try to be matured and just ignore them ! lama2 perasaan benci tu hilang sendiri ..tips dia just ignore and be matured ,sayang mereka ! jangan jadi macam mereka ...

kadang2 dalam hidup kita tanpa sedar ada yang membenci dan ada juga yang menyayangi kita , maybe yang benci tu tak dapat jadi seperti kita or ada benda yang mereka tidak puas hati dengan kita .. tapi siapa kita untuk di benci ?hebat kah kita ? tapi setakat di benci dalam alam maya apalah sangat ! kalau nak bandingkan bila di benci di alam realiti ...bila kita di benci cuba untuk sayang mereka bukan jadi pembenci macam mereka ~ kalau kita turut benci mereka ? adakah permusuhan itu jumpa satu titik penyelesaian ? tidak bukan ?

hati berbicara :

aku tak mengharapkan aku sentiasa di sayangi dan tak jugak menginginkan aku dibenci cuma aku takut jika Allah s.w.t membenci aku , itu yang paling aku takuti kerna bila Allah membenci aku hidup aku akan sentiasa di dalam kegelapan , thats so scary for me , cukuplah Allah menyayangi aku kelak mereka juga akan turut menyayangi aku ... jangan ikut kepala angin ! jangan berlagak tapi berlembut lah dan tersenyumlah walau pun pahit berdepan dengan haters .. latihlah diri jadi seorang yang penyabar bukan orang yg sentiasa di sabarkan,
''boleh jadi sesuatu yang kita benci kelak jadi benda yang kita sayangi''

Can't Forgive Yourself ?

Assalamualaikum..

''sometimes u feel u can't breathe , u can't do anything . its like...u just wait to die''

Dalam hidup ni pernah tak korang buat someone kecewa ? 
maybe suatu ketika dulu korang pernah sakitkan hati orang yang sayangkan kamu 
n then tiba2 hari ini kamu menyesal dengan apa yang kamu buat ,
rasa macam hidup tanpa udara , semua benda kamu buat kamu lihat dia ,
kamu lihat dia ketawa , kamu lihat dia menangis ..
dan yang paling sakit is to see her cry , u think its because of you that tears sprung from those lovely eyes ,
and then u said ''i can't forgive myself''

adakalanya kitaran hidup kita macam ombak ,ombak seakan berjanji melabuh di tepian pantai ,sesampai di pantai ombak mula melupakan sewaktu dia mengharungi di tengah lautan ,dan yang pasti laut tetap setia untuk diharungi semula ..andainya korang menyesali dengan apa yang kamu buat ... 
  • minta maaflah dengan dia , turunkanlah ego untuk seminit dua dan sesali lah kesilapan yang kamu pernah buat , sekurang2nya bagi lah dia kemenangan dan tersenyum mendengar kata maaf dari kamu 
  • andainya kamu melihat dia sudah bahagia ,janganlah hadir lagi di depan nya , kerana mungkin kamu igauan ngeri pembuka kisah lalu... dont bring more pain to her , maybe she''ll  be better off without you
  • dan andainya sekarang kamu tidak tahu di mana dia berada , minta ampun dari Allah atas kesilapan kamu dan mohonlah supaya dia telah memaafkan kamu dan berdoalah kebahagiaan dia ..insyaAllah
hati berbicara :
 manusia takkan lepas dari membuat kesilapan , tapi manusia yang bodoh adalah manusia yang tidak mengakui kesilapan dirinya .. hidup kita seolah2 hidup dalam sebuah pelangi , banyak warna2 yang menghiasi nya .. dan yang pasti warna2 ceria itu hadir setelah bertemu dengan awan mendung yang kelabu ... 
''hujan rintik2 pelangi pun menjelma''

Diri Yang Hilang ....

Assalamualaikum

''renyai menitis alam menangis''
Bila berdepan dengan orang yang sering kali di lukai , kadang2 dia telah hilang dirinya yang dulu , setiap bicaranya bernada kebencian bila bercakap soal kasih sayang ,hingga tidak mampu lagi untuk mengeja cinta ,dalam diam dia menanggung sakit ~ hanya sunyi ubat hati ! hanya pilu suara rasa ~ tidak mustahil dirinya yang dulu kian hilang , tidak mustahil jadi seorang yang membenci semua manusia yang lidah tidak bertulang ! kerana ... di hatinya telah berikrar ''sekali aku dikecewakan hatiku tidak bersambung lagi ,sekali hati sudah retak tak mungkin bercantum lagi~ ''

Dan kita tak boleh menyalahkan dia , biarlah ! biarlah ~ biar saja waktu yang punya perjalanan panjang itu memberinya penawar ,dia yang berhak merasa bahagia dan bahagia juga punya derita ,kita tidak merasa sakitnya jangan pula kita memperlekehkannya ... biar dia sendiri mencari dirinya yang hilang ............ dan kita hanya mampu mendoakannya agar terus tabah ..

hati berbicara :
kadang - kadang kita tidak sedar kunang2 hanya nampak cantik bila di malam hari, sedangkan yang menyinari siang adalah mentari .. doakanlah agar dia dapat mencari mataharinya yang dapat menyinari hidupnya , dan waktu itu dia sudah tidak terpedaya oleh logamaya untuk terus hidup dalam angan-angan , dan sudah mampu jinakkan marah dan dendam dengan belajar menjadi insan yang redha pada kententuan ILAHI ..
''mentari berjanjilah terikmu bukannya untuk membakar rasaku''

Frust + Bengang

Assalamualaikum... bulan puasa tak baik bengang2 tau , tuan blog takpe sebab  orang ate jangan dengki !

masa dulu2 tak amek seni sebab tu berseni molek je hahaks

takdop idea mane eh nop tulis2 dalm blog dop bape comei ni ..tapi gak tulis lah jugok sepatah dua , orang ate buat selingan di hari ini ..hurm nak membebel sikit lah buleh tak buat baju yang stabil ! eh ada ke yang stabil ? huuuuuu kadang2 bila cari baju t shirt or apa2 lah , selalu sangat jumpa baju2 jenis macam list kat bawah ni haa
  • baju labuh dah paras bawah punggung tapi lengan nampak ketiak pulak dah , maknanya lengan pendek sangat
  • baju lengan panjang dah cantik tapi singkat paras atas punggung pulak 
korang pernah jumpa tak baju2 jenis pesen(fesyen) lagu tu ? rata2 memang jumpa macam tu lah sebab kat sini bukannya banyak shopping complex pun , kadang2 geram jugak , ada yang labuh tu labuh sangat , qaseh bukannya warak sangat pun sampai nak pakai labuh smpai ke kaki , sob3x.. yang singkat pulak ~ singkat sangat adessss... hurmmm kepada yang duduk di area saya sila bagi stok2 baju yang stabil sikit hahaks.. kecian kaum adam .. pehhh ..

p/s : tak suka pakai cardigan or jaket kat luar ..panasss .. 

Tips Berdepan dengan Anon!!

Assalamualaikum ... 

nok wat lagu mano lah dengan anon2 ni !kdg2 serabut perut weiii baco ayat2 mereka yang kurang kasih sayang tu .. !
masa qaseh mula2 buat blog dulu , ada sorang anon serang ! pehhh bawak senapang cicak je dtg serang ,dia kata ''eh kau ni aku dtg bw kat sini ko buat bodo je ! '' bajet macam hanis zalikha'' ''gedik kaw nih''
lebih kurang begitu lah ayat2 mereka yg kurang susu kasih syg ni .. masa tu qaseh tak kenal agy siapa lah hanis zalikha , apa lah bw tu ! kereta BMW aku kenal lah !! masa dulu bodo2 lagi layankan lah si anon ni siap buat entry mintak mahap ! apa kejadahnya pun tak tahu g mintak maaf kat hanon tu ! almaklum lah masih 'bodo2 lagi dalam dunia blog'' hahaks ...so tips dia sebenarnya senang sajo.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BUAT BODOOOO JE LAH !!!!!!!!!!
korang anggap lah anon ni macam lelaki yang gatal gelebek nyeng ! (bhsa org kelantan ni maknanya gata tahap bahaya) so kalau makin layan makin lah menjadi2 ! hati pun sakit kan ? so kalau ada je ayat2 anon ni tutup mata dulu pastu delete teruhhhh !sonang kan ?haaa ... kalau korang sakit aty gak , korang buat lah entry gedik2 sikit '' cth : tadi kan ai kan baca komen makhluk asing ni , tapi ai  terdlete xsmpat ai nak baca.. ouhhhh '' cth je weh .. korg buat lah ayat ganas2 sikit . hahaks .. apa2 pun cara plg berkesan anggap lah depa2 tu TAK WUJUD ..lama2 senyap lah !

percayalah ~ anon ni nak ajak kita berdansa je , kalau tengok respons kita nak tarik2 perhatian pembaca, touching2 n rasa down lagi lah dia suka .. kalau tak layan n takda respon dari kita , dia blahhh jugak,janji sobarrrrrr !!ingat tu WAT BODO JE TAWWW .. lebiyuuuu <-- tetiba gediks

''qaseh nak say thanx sangat kat orang yang bagi kata2 semangat kat entry BEBAS tu ,kdg2 qaseh rasa tertekan sbb tu terkeluar entry camtu ,sebelum ni jarang qaseh cerita ttg diri qaseh ,skang qaseh sedar dah kebebasan bagi seorang anak dara menempah bahaya je .. emmm thanx again..lebiyu org sgt2 ''

Nak Bebas Boleh tak ?

Assalamualaikum..

''aku hidup ibarat burung di dalam sangkar''

kadang2 tengok hidup orang lain macam best je , boleh pergi kesana kemari tanpa halangan , kalau ada halangan pun bodek2 sikit mesti di baginya keluar ! tapi aku ni kadang2 bosan giler ! rutin harian sama je , nak pergi mana2 pun tak boleh .. im 23 years old dah bukannya budak kecik lagi yang tak tahu apa2.. bagilah ruang untuk aku hidup bebas .. lama-lama boleh jadi gila gak .. tengok family orang bahagia je .. hurmm

kalau orang tanya tempat2 kat negeri sendiri pun rasa2nya aku boleh kena buang negeri dah , haha!bongek betul , hurmmm mengeluh ? ini bukan mengeluh ! ni luahan perasaan .. sekali terbukak rahsia kehidupan pulak dah .. eh pesal buat entry bongek macam ni .. dari semalam menangis .. xde mood ! mesti tak lama lagi tak boleh puasa ni ..hampehnye lah mood bagai ni .. ! kalau korang di tempat aku dah lama tekanan jiwa.. sabar je lah .. ! tensen weh ..nasib ada iman kalau tak dah lama aku..... MAAF MOOD TAK STABIL ,SILA CUBA SEBENTAR LAGI !

''orang pulak selalu wat aku terluka , kalau ko tahu rasa luka tu baru ko paham agaknya..''
boleh bagi kata2 semangat sikit tak ..hurmm

Hargailah Kehidupan ..

Assalamualaikum...


orang yang tidak menghargai kehidupan adalah orang yang hidup dalam dunia ilusi , dunia yang dia ciptakan sendiri  kerana dunia itu hanya menyeru kenangan , membuka kenangan silam , mengungkit nostalgia .. putus asa yang menemaninya di situ ! dan dia akan menggari kaki tangannya sendiri agar tidak keluar dari dunia ilusi ciptaannya..

dia fikir dunia itu indah , ramai yang datang menjenguknya sedangkan yang menjenguk itu cuba membawanya ke alam realiti, dan orang itu adlh orang2 yang menyayangimu ! tapi kamu masih berfikir ''orang yang aku sayang telah pergi~'' iya !! dan kamu takkan pernah hargai kehidupan kamu selagi kamu hanyut dalam dunia ilusi sedangkan banyak kapal2 bahagia cuba membawa kamu pergi ...

dan dia berkata , aku dah cuba menaiki kapal bahagia itu tapi kenapa aku masih merasa kosong sedangkan aku mendengar tepukan2 harapan menongkat semangatku kembali , dan ada satu suara yang menyatakan ''kamu bukan kosong , tapi kamu masih menutup pintu hatimu ! bukalah dan dengarlah jiwamu sendiri , pasti ada suara kebahagiaan yang memanggil .. lalu dunia ilusi perlahan2 hilang dari pandangan mata dan kamu berjaya !
 hati berbicara :
hargailah kehidupan selagi masih bernyawa , setiap nafas yang kita hembus adakah syukur di berikan oleh kita ? tidak bukan ? kadang2 mengeluh lebih banyak dari bersyukur ..sedangkan nafas yang diberi percuma ..