Bila Langit Dan Laut Bercinta ~

19 ulasan:
Assalamualaikum semua..
last entry for today ..jiwang jap tapi ade maksud yg tersembunyi..
sape bace n paham sah dia jiwang ! hahaha




Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling

menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut

terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

hati berbicara :

cinta manusia pun begitulah..
adakalanya orang tengah boleh jadi satu penghalang..alih2 kita yang hancur..
n adakalanya orang tengah tu boleh jadi pendamai..
cinta cinta dan cinta..
seberapa banyak jenis cinta pun pasti ada dugaan..
cinta pada Allah ade je syaitan membisikan hasutan ..jgn kau mencintai Allah ..jangan dan jangan...!
andainya iman mu lemah maka syaitan ketawa gembira ...kerana prjanjian syaitan untuk terus menyesatkan manusia..
cinta pada manusia ..banyak godaan ..
andai tak mampu menempuhi ..maka laknat lah kita.
hancurlah maruah ..hilanglah iman..mana lagi hendak berpijak..
dunia ni hanya milik Allah..
sejauh mana pun kamu lari..andainya dosa itu tidak di cuci ..pasti ia akan menghambat kamu walau ke neraka sekalipun ~
everything's happen for a reason..
jangan jadi pemusnah cinta..
tapi jadilah kasih sayang yg ada di setiap genap jasad2 cinta yang indah ~
assalmualaikum

19 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    akhirnya pemusnah cinta y menderita =) yeay ! hujan...

    BalasPadam
  2. I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.

    BalasPadam
  3. cik qaseh comel bum bum . meh join sini http://oshinlove.blogspot.com/2011/02/bloglist-oshin-february.html anda ditag . sudikan diri oke

    BalasPadam
  4. hurm.. nice one...
    saya faham.. bererti sy jiwang ke eh?? hahaha

    BalasPadam
  5. best entry ney..
    suke bce...
    like3!!

    BalasPadam
  6. penuh dgn kiasan.. tersurat & tersirat ^^

    latest en3: ~ tolong ingatkan aku ~

    BalasPadam
  7. indah dan puitisnya kiasan yg digunakan..
    laut, langit, awan dan angin..
    bijak btol dr luv ni.. heheh..

    err.. jap! nk komplen..
    knapa letak nama sy solihin jiwang kt bloglist? ahahhaa.. noty btol! heheh..

    BalasPadam
  8. @Novelgurl
    waalaikumsalam hehe..jgn jadi pemusnah cinta

    BalasPadam
  9. kwn emiey yg buat citer nih..best kan ;)

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com