Doa Isteri ~

21 ulasan:
Assalamualaikum..
dah2 lah merajuk tu qaseh hahaha...minggu depan nak jumpa hubby kan..
yeyeyeyeye...
qaseh nak share doa ni...terjumpa kat laman web tadi..
so kepada isteri2 ..kepada2 bakal2 isteri cuba baca ..sayu je kan hati ...
hurmmmm ..igt senang ke nak jadi isteri n ibu?susahhh wooooo ...perlu ade kemahiran hehehe..bukan kemahiran bersilat ye...kemahiran masak kot hihihi ~




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 



Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena 

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu 

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu 

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati 
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..




hati berbicara :

andainya someday dalia jadi seorang isteri...
dalia tak tahu dalia mampu atau tidak menghadapi semua cabaran ...
tapi 
dalia mengharapkan si dia bantu bersama2 menghapi apa2 pun situasi ..
dan bimbingan yang sebaiknya....:)
andainya dalia xsempat untuk berkahwin ... dalia mahu berkahwin di sana kelak..
insyaAllah seandainya tercipta seorang adam di sana kelak..
pasti itu sangat membahgiakan tapi ..mampu kah untuk melangkah ke pintu syurga ..
hurmmmm ... :(

21 ulasan:

  1. so sweet~

    cepat2 lah naik pelamin..bleh mkn nasi minyak..hihi (",)

    insyaAllah dalia mampu menghadapi setiap cabaran dan dugaan yg diberi..sebab Allah xkn bg dugaan yg xmampu dihadapi hambaNya (",)

    BalasPadam
  2. dalia dalam perancangan nk bergelar isteri k ni?ehehe..

    btw, moge sntiasa kuat mnempuhi dugaan hidup w'pun xbergelar isteri lagi

    :0

    BalasPadam
  3. alhamdulillah rasa nak nangis je baca doa ni.kekuatan mental dan emosi perlu sebelum bergelar seorg isteri.masa bujang ni,sis cr dan tmbh ilmu bersama pasangan pilihan(si dia ler tu).perkahwinan tanpa ilmu,tanpa iman,tanpa pegangan agama akan menambahkan lg statistik perceraian.insya Allah sis perlu rajin berdoa agar berpeluang mejlnkan tugas sbg isteri di samaping suami yg beriman...amin!

    BalasPadam
  4. amin ya rabbala'lamin..

    semoga ape yg kite mohon dimakbulkan olehNya

    BalasPadam
  5. Dari tadi saye bace, baru saye perasan saye takde isteri lagi.

    Kenape saye bace jugak? -_-'

    BalasPadam
  6. @Cik TeN10
    tq cik ten..setiap org nak menghadapi dugaan dgn tenang tapi kdg mulut dan hati xsama ..uhuuu insyaAllah dear u tooo

    BalasPadam
  7. @emieysandra
    haha taklah sis...
    lambat lagi perjalanan tu..tq sis n insyaAllah

    BalasPadam
  8. @||aLeaSaRa||
    a.ah sis ase mcm nak nanges je bace doa ni...baca dengan hati dan perasaan bukan sekadar baca di mulut...terbuai dgn perasaan sendiri ..insyaAllah yang jahat pun boleh berubah ini kan pulak kita ..akan terus berubah utk mncapai yg terbaik

    BalasPadam
  9. @Mr. Swift
    bacalah nnt nak kawen bg isteri bce hehe

    BalasPadam
  10. kadang2 realiti berumhtgga ni tak seindah diharapkan...bahagiaa tak selamanyaa kekal...saat2 manis mungkin menjadi tawar dan masam...tp yg penting kalau kita sygkan si dia setulus hati...sygkan rumhtgga..kita mesti cekalkan hati..kuatkan diri dlm menghadapi apa jua karenah yg wujud dlm rumhtgga...jgn mudah putus asa dan mengaku kalah....bukan mudah nk bina rumhtgga tu...dlm bercinta saja pun maybe dh wujud byk dugaan2...so takkan dh kahwin..nk mengalah begitu mudah kan...

    apa2pun berserah dan tawakal selalu...Ingat Allah sentiasa...mesti boleh....mesti hati jadi lebih kuat..dan redha... :)

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com