Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!

Assalamualaikum






Kementerian Kesihatan UAE memberi  amaran bahawa rawatan kaki/kulit
alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan  seperti yang dipaparkan pada
gambar di atas boleh menyebarkan penyakit  bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin  Al Amiri, "Penggunaan
ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat  kepada orang ramai
kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk  hepatitis dan
AIDS/HIV."

Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang  mungkin mengalami penyakit berbahaya
dan virus pada luka mereka akan mudah  dipindahkan kepada orang lain
melalui ikan dan air."

Prosedur  rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat
kulit termasuklah  penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki  meletakkan kaki di dalam sebuah kolam
kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra  rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah  mati pada kulit
pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki  menggunakan teknik ini diharamkan di 14
buah negeri di Amerika

21 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. ye ker...kakak ipar ak rajin gak wat bnd nie..kne g tau nie

    BalasPadam
  2. @iwan_dextrous
    dapat dalam email ni tak tahu betul or tak...tapi hati2 lah

    BalasPadam
  3. yer ek?? Baru tau... *_* Sebelum ni slalu buat kalo p times square.. huk! Menakutkn...

    BalasPadam
  4. @CinderLaLa
    setiap ciptaan or ape2 ade kesan baik n de jugak kesan buruk..hati2 lah tak tau betul or tak..tapi tak mustahil ia akan berlaku

    BalasPadam
  5. eh ye ke ni???klu btul la kan..sib bek xpnah buat bnda ni

    BalasPadam
  6. uwwaaaa!! br plan nk wat! nseb bek bc entry nie dlu..mekaseh kamu! :)

    BalasPadam
  7. ala, baru ingat nak pergi main ikan nie lagi. uhuk~ kena lupakan hasrat ini. wuu~

    BalasPadam
  8. owh, aku penah pos entri yg sama dlm blog... tapi bukan dpt drpd email... memang aku terbaca dlm web buletin www.asiaone.com.

    BalasPadam
  9. alamak betul ke ni? baru teringin nak buat. cam dah takut je.

    BalasPadam
  10. owh haram eh rawatan camtuh..
    kat malaysia ape ce.

    BalasPadam
  11. good information,,,baru ar syed tahu,,,,nasib baik x penah wt lgi,,,,

    BalasPadam
  12. @Syed Hilmi Syed Yahya
    same2 syed.. kalau nak wat gak meh dalia bagi ikan pirana

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama