Tiramisu - Slot Akasia TV3

Assalamualaikum !
selamat petang lagi...keh3x...
slot akasia seribu kali cinta dah tamat kan...
ari khamis tu...happy ending akhirnya nizam bersama ngan miasara dan mia pun dah ingat semuanya..
tapi kesian kat peah jadi gila haha kelakar..
tapi suka tengok khairiah berlakon..
semalam dapat anugerah skrin  mmg mantopppp! 


so hari isnin nanti ada slot akasia baru...
"tiramisu" setahu dalia tiramisu ni sebuah kek kan?
hehehe so kita tengok nanti bez or tak cerita tiramisu ni...
yang bez nya adek miasara ada jugak dalam cerita tu ,,
ni yang bez ni..semalam dalam anugerah skrin comeiii giler ...hehehe geramm tengok berdamping lak dengan lisa surihani dan sin...
Menampilkan Syarifah Amani dan Pierre Andre
Serta penampilan Adik Mia Sara

Mulai 27 Disember, jam 7 malam, Setiap Isnin - Khamis

jom baca sinopsis sikit...

Drama bersiri 28-episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Eddie Mazlan. TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).


Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.


Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

hati berbicara :
dalia ni hantu slot akasia..
time2 maghrib selalu kena bebel ...org duk sembahyang kita duk tengok tb lagi...
akasia ni kan abes pukul 7.30 hehe ...
xbaikkan selalu lewat2kan solat...
T___________T umur je 22 tapi xmatured2 kalah budak tadika..
wah2 xsabar nak tengok  :p

12 comments

  1. huuummm...warna shot drama ni nmpk cantik jer...

    ReplyDelete
  2. dalia : hmmm ... rase2 nye best mane lagi ??

    ReplyDelete
  3. @AtiEnAbErn
    bagi dalia cerita chinta ari tu gak bez...yg seribu kali cinta tu biasa je...yg tiramisu ni xtau lah pulak cane gayanya :) have fun je lah

    ReplyDelete
  4. wahh..macam best je cerita ni ^_^

    ReplyDelete
  5. wah..si adik mia berlakon ...akak suka...akak suka....hehehe

    ReplyDelete
  6. amani ader..best2...adik mia pun ader..best2...

    nasib baik qaseh takder..kalo tak tak best..haahahaha..

    jgn mara ek

    ReplyDelete
  7. Qaseh dalia adelia: mmg minat dgn amani ni klu dia berlakon....

    ReplyDelete
  8. alaa.. dah nak balik universiti dah..

    ;(

    ReplyDelete
  9. wah tak sabaw2 nak tunggu. macam sweet ja kan?? haha

    ReplyDelete
  10. u da buat minda i
    brpusing2 tringatkan tiramisu secret
    rcipe..hee~

    ReplyDelete
  11. @Ujang9897
    kalau qaseh ade lagi lah gempak kan ujang haha

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..