Tertawa di dunia menangis di akhirat ??

Assalamualaikum u olz..
korang buat ape tu..
hurmm kat luar dah raining heh heh heh ..ujan lah
2 3 hari ni dah start ujan maybe dah nak start banjir pulak kot..
hari tu kat kedah teruk jugak kan banjir..
harapan semoga xbanjir teruk..
huhuhu...
tadi nak dtg keje...g keje jalan kaki je..
anak saudara lak ikut sbb nak p kedai abg..
kira laluan same..
guna satu payung je..time nak lintas jalan time ujan2 tadi..
dialog spt dibawah 
"arif ! pegang baju cik..pegang kat tepi neh!"
"aiman ! jgn g lagi kete banyak tu..duk diam2 kalu cik kate boleh baru boleh pegi!"
"nik ! pgg tgn cik ni leklok jgn duk galok2 tepi jalan"
kete xde dah cepat2 lintas..
baju dah basah dah separuh mcm ibu tunggal dah rupe tadi haha kelakar gak...
tu lah takut jugak budak2 ni bukannya boleh kira...suka lari2...!haha...cik yg ngek jugak
(cik paggilan depa pd chek la)

ok now biarkan jari2 menceritakan maybe renungan ..dalia kan suka bg renungan2 yg bez yg boleh bagi kite sedikit keinsafan dalam diri...jom bace same2..suka gelak kan?suka nagis jugak?

tertawa di dunia menangis di akhirat
Dalam satu hadis...
 Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala..Hati  tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan  alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana , kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadis lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

hati berbicara :
hurmmmm selalu jugak tergelak2 ..memag selalu sangat..hurmmm byk sgt dosa dalam sedar atau pun xsedar...tersenyum je itu jalan yg terbaik :) tapi mmpu ke? 

19 comments

  1. tu la pasal
    selalu sngat ketawa T.T
    kene muhasabah dri balek
    btw thanks :)

    ReplyDelete
  2. Alamaks.

    Gambo org tua rongak tu kan....

    ai pun guna gambo tu jugak,

    http://bloginbm.blogspot.com/2010/12/sepurnama-ku-di-sentosa.html

    ReplyDelete
  3. haha... bg aku nikmat ketawa tu tak harus dimatikan walaupun di dunia dan di akhirat... kalo ko jenis manusia yg mmg takleh senyum atau ketawa cam aku ko akan faham maksud aku...

    ReplyDelete
  4. aiseyh incek liquid pon slalu ketawa. smpai, dalam blog pon ketawa jugak. haih...

    ReplyDelete
  5. mama lak dh lama sgt tak gelak...kalo mr b tak balik dan sakat mama...takdelah org nk buat gelak...cuma mampu sengeh2..bila baca entry yg kelakar kat blog uols je....


    anyway...nice posting... :)

    ReplyDelete
  6. hhehehe...nice entry dear...pic pakcik rongak tue cun..huhu

    ReplyDelete
  7. @Ogy
    rindu mr b ye mama ...sabar ye..hehe kalau mama sedih gtau dalia..biar dalia lak sakat mama boleh ?hik2

    ReplyDelete
  8. @Cik Tom
    kekeke cik tom nak buat pakwe pun boleh ..ampun larikkkkk

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..