Mitos fitness

8 ulasan:
Assalamualaikum..
selamat petang semua..
wahhh alhamdulillah dah  kenyang..
balik2 umah makan tgahari..
bukak tudung saji..
wah de sup ayam..
feberet..cyg mak...! 
(anak dare masak lew sendiri huh)
keje nak masak macamane..(alasan) 
hahaha ampun mak...!

ok tadi qaseh jumpa artikel ni yg di tulis oleh kevin zahri..
kira cikgu fitness ..n terkenal sbgai fitness selebriti malaysia..
jom bace ...

Mitos 1 : Jangan Makan Kalau Nak Kurangkan Berat
Realiti : Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut 'bajet' anda.
Mitos 2 : Bila Semakin Tua, Otot Bertukar Menjadi Lemak
Realiti : Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal makanan mereka.
Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)
Mitos 3 : Saya Hanya Perlukan Aerobik Sahaja
Realiti : Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.
Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.
Mitos 4 : Semua Lemak Memudaratkan
Realiti : Ya lah. Apabila banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding dengan karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak 'baik' dan lemak 'jahat'. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).
Mitos 5 : Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti : Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge. Untuk senaman, yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya kuantiti. Contoh macam saya, akan hanya ke gym 1-2 kali seminggu tetapi setiap kali saya pergi, sudah pasti masa itu penuh dgn senaman berkualiti!

hati berbicara :
kalau nak berfitness boleh tapi dengan cara yg betul ye..nnt lain yg jadi ..ekekeke

8 ulasan:

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com