SALAHKAH WANITA XPANDAI MASAK ???????

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
hati berbicara : hurmm selalu meletakkan kesalahan di pihak wanita..walhal lelaki patut membimbing bukan hanya pndai menyalahkan..
lelaki yg bijak...ialah lelaki yg bijak membimbing bukan hanya pndai mengarah ~
qaseh xsuka laki yg terlampau ego...xtahu nak menghargai wanita walau ensem or kaye sekalipun tp perangai hanya menyakitkan hati...hanya pndai bercakap tp habuk pun tarak ~ 

19 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. a,a~~~pndangan dri seorng lelaki nie~~~

    lelaki masih xdapt terima kalau pompuan x tau masak~~~

    sebabnya~~~ini rutin keja pompuan~~
    xkan pompuan nak wat kerja laki lak~~hehehe

    contohnya :
    mau ka pompuan potong rumput, racun rumput,,wat kerja2 berat2,,mcm2 lagi2 la~~hehehe


    Ibu Bohong Kita

    BalasPadam
  2. mmg lah...tp jgn lah terlalu meletakkan tggungjawab trhadap gurl...laki kan boleh same2 tlg if wanita tu xpndai..laki xleh lah nk marah2 tp nasihat lah suh belajar..ekeke....

    BalasPadam
  3. klau ppuan pndai msak kira klebihan kt ppuan tu.. sbb mcm sy lebih suka my future wife / my future gf reti msak sbb x suka mkn kt gerai, paham2 sndiri msakan style gerai ni..

    p/s: msih blajar ilmu agama, x mungkin capai taraf sempurna tp memadai usaha sehabis baik utk capai tahap family yg bahagia...

    BalasPadam
  4. Btul tu, tugas memasak bkn terletak d tgn isteri sahaja tetapi suami pun boleh turut serta menolong isteri memasak..

    Jom tgk entry terbaru saya, kebetulan citer pasal masak jugak..

    http://normj1001.blogspot.com/2010/11/menambat-suami-dengan-air-tangan-isteri.html

    BalasPadam
  5. saya setuju pendapat qaseh..of koz la kan sbb saya ni pmpn..hihi.

    llaki nk future wife dorg yg sempurna dan pandai jge mkn, pkai dan mnum Perempuan jgk mahukan future husband yg ckup agama untuk membimbing. info yg mnarik. saya tertarik ngn entri ni. kredit to u :)

    BalasPadam
  6. caliph :
    yup itu kelebihan ...qaseh pun nak pndai masak...untuk suami tercinta...tp xmo dipakse2..masak pun kene masuk kasih syg juga...nnt bile suami makan ..dapat keberkatan n makin bhgia... :)

    BalasPadam
  7. myra jay :
    yup thats i mean... :)

    miss yaty :
    yup..biarlah same2 pasangan bhgia nnt kelak boleh bersame ke syurga ilahi :)

    BalasPadam
  8. yupp...btol2.semoga kita di kalangan pasangnan bertuah tu :)

    BalasPadam
  9. miss yaty :
    hehehe sape yg xnak ke syurga kan..insyaAllah doa byk2..semoga kite pun termasuk dlm listingNYA..insyaAllah

    BalasPadam
  10. xpandai blh blajar bkn ssh pun n yg laki 2 jgn nak marah je keh3x..

    p/s : hubby pun blh tlg wife memasak

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  12. mik ati hubby dgn masakan ngee..yg laki 2 kalu xsdp wat2 mcm sedap r t terasa lak wife keh3x..bl de ms br bincang psl masakan 2 hahaha tawar lah syg,masinnye lah kuah td 2...

    BalasPadam
  13. b :
    hahaha nnt b mesti wat camtu eh kat syg..jage hati wekkk..insyaAllah akan cuba masak dgn sedap hingga menjilat jri..tunjuk ajar ku sifu!

    BalasPadam
  14. saya suka f0low blog kamu:)hehe..betoi2...sangat setuju ngan dalia..masak pun kena ada kasih sayang jugak..haha..bajet pandai masak je ak nih...he...xpe,lambat ag nak kawen;p nati2 b0le blaja..kan3x??:)

    BalasPadam
  15. nanakimie : jom kite same2 belajar hehek..siry lah late rep coz tenet buat hal td..lapar kot hehe..

    BalasPadam
  16. hehe..it's ok!=)jum2..kta masak best2 t..he;p

    BalasPadam
  17. nanakimie :
    nnt masak pos lah kat cni ye..yg hangus2 tu buang2 cepat2 nnt kan org perasan lak haha

    BalasPadam
  18. entry yg plg saya suka..haha..
    masak bile2 pom boleh belajar kan..
    jangan salahkan pompuan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama