Apa itu shisha

Salam satu malaysia..
ape tu shisha eh?
Korang mesti dah lame tahu sal shisha ni agy2 dUk kat bandar..
Org kg mcm qaseh ni xtau ape shisha tp dulu2 lah.
skang nak cite sal shisha lak...ekeke 
dUlu tnye hubby shisha Tu ape?
die jawab mcm roKok jugak..nape?
qaseh tanye owh xbahaye ke shisha tu...bukan dadah ke?sbb tgk de gak pompuan yg isap shisha..nak isap jugak boleh?hehe
b isap jugak ke shisha tu?
die jawab bukan dadah lah cUk..tp boleh jugak lau letak dadah lam tu...b xisap pUn shisha tu..
n xbaik tuk kesihatn jugak..kui2..
so jOm kite bace ape tu shisha n hUkum isap shisha ni..

menggunakan khidmat gOogle
Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat
kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

(i) Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

(ii) Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

(iii) Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan
ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.

(iv) Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Jenis Tembakau Shisha

mu‘assal معسل
campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah dan melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

ajami  عجمي
tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.


isy2...!(ketahuilah isap shisha 400kali lebih bahaye dr rokok)

hUkum menghisap shisha


Apa hukum menghisap shisha? Adakah sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya sama dengan rokok? syukran ustaz..

Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut..



 kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.


hati berbicara : macam2 dunia hari ni...tiru cara org barat..hurmmm umpama membunuh diri perlahan2...~jgn jd camni ye anak2...

3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. shisa nih adik beradik rokok jugak kan??? cume ade perisa ja..huhu

    BalasPadam
  2. shisha nie macam rokok jugak,keluar asap ikut mulut dan hidung sama jew keluar jgk ,ade mcm2 perisa,strwbery,blueberry cuma perisa peanut butter jew lum ada lagi.hehehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama